Ahad, 20 April 2014 | |      Facebook |      Twitter |      YouTube
Laman Utama | Peta Laman | FAQ | Hubungi Kami |      Langgan RSS

Home Profil Jabatan Latar Belakang dan Sejarah
E-mel Cetak PDF

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH

Jabatan Pertanian Negeri Johor telah ditubuhkan pada Mei 1921 dengan dikendalikan oleh seorang pegawai British bernama A.E.G Ellis. Sebelum penubuhan jabatan ini, Pertanian diletakkan di Pentadbiran Tanah Johor. Pada tahun 1914, Johor mempunyai seorang Assistant Inspector  Of Agriculture yang dipinjamkan daripada Jabatan Pertanian Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, bagi  mengatasi masalah serangan serangga yang merosakkan tanaman negeri ini. Manakala khidmat nasihat dan bantuan teknikal diperolehi daripada Botanic Garden Department, Jabatan Pertanian bagi Negeri-Negeri Selat.

Pada tahun 1922 kakitangan Jabatan Pertanian Johor terdiri daripada seorang Inspector, Sub-Inspector dengan dibantu oleh enam orang pelatih daripada Jabatan Pertanian Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada Tahun 1930, Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu membuat penyusunan semula perkhidmatan pertanian negeri masing-masing untuk diselaraskan dengan Jabatan Pertanian Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat. Dalam penyusunan semula perkhidmatan ini seorang Agriculture Officer telah ditempatkan di Johor Bahru dan Muar.

Kini Jabatan Pertanian Negeri Johor telah berkembang pesat merancang dan memberi khidmat nasihat bagi membangunkan sektor pertanian negeri Johor. Jabatan Pertanian Negeri Johor diketui oleh Pengarah dan 2 orang Timbalan Pengarah serta 10 orang Pegawai Pertanian Daerah yang mengetuai pentadbiran dan pembangunan pertanian di daerah.

Kali terakhir dikemaskini Isnin, 09 September 2013 15:04