Rabu, 30 Julai 2014 | |      Facebook |      Twitter |      YouTube
Laman Utama | Peta Laman | FAQ | Hubungi Kami |      Langgan RSS

E-mel Cetak PDF

TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM)

LATAR BELAKANG PROJEK

  1. Pada masa ini di Negeri Johor, tanah yang digunakan untuk pengeluaran tanaman makanan hampir 881,000 hektar (46%) dan keluasan ini dijangka semakin berkurangan pada masa hadapan. Pembangunan industri dan perumahan yang pesat telah menyebabkan tanah pertanian di pinggir bandar diubahguna. Di samping itu kadar sewa tanah semakin meningkat dan ini merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos pengeluaran tanaman makanan.
  2. Dengan risiko pelaburan yang tinggi dalam pengeluaran tanaman makanan, ianya tidak dapat menarik sektor swasta untuk melabur dan pengeluaran tanaman makanan dalam negara bergantung hampir sepenuhnya kepada pekebun-pekebun kecil. Sektor swasta perlu diberi insentif untuk terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan.
  3. Pewujudan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan Zon Pengeluaran Makanan (ZPM) dapat mengekalkan kawasan   pengeluaran makanan.  Lot - lot tanah disewakan  kepada sektor swasta atau individu komersial dengan kadar yang berpatutan. Penyediaan kemudahan infrastruktur seperti penyediaan kawasan, jalan ladang, parit ladang dan pengairan serta bekalan air dan elektrik disediakan oleh kerajaan sebagai insentif selain dapat mengurangkan kos pembangunan.
  4. Sehingga tahun 2009, Negeri Johor mempunyai keluasan sebanyak 246 hektar TKPM di enam (6) lokasi dan bagi tahun 2010 Pembangunan TKPM yang baru ialah TKPM Fertigasi Pagoh, Muar.

OBJEKTIF PROJEK

  1. Mewujudkan ladang-ladang komersial yang berdaya maju dan berdaya saing dalam pengeluaran dan pemasaran hasil pertanian dengan pembentukan rangkaian kerjasama pemasaran yang berkesan.
  2. Menjadi sebagai ladang contoh dalam bidang pengurusan ladang komersial dan pengeluaran pertanian berteknologi tinggi. Selain daripada itu, limpahan teknologi ke kawasan sekitar akan menjana pembangunan pertanian secara keseluruhannya.
  3. Sebagai kawasan untuk membekalkan bahan makanan yang berterusan, berkualiti dan bermutu tinggi.
  4. Berperanan sebagai sebuah pusat agrotourism yang memaparkan kemajuan sektor pertanian di Negeri Johor.
  5. Mewujudkan usahawantani baru dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam sektor pertanian.

JUSTIFIKASI PROJEK

  1. Melalui pengwujudan TKPM bukan sahaja pengeluaran bahan makanan dapat dipertingkatkan, ianya juga menggalakkan usahawantani dan sektor swasta terlibat dalam pengeluaran barang makanan secara berterusan dan terkawal.

KOMPONEN PROJEK

  1. Aktiviti utama yang dijalankan dalam projek ini ialah penyediaan prasarana dan kemudahan ladang di TKPM baru serta menyelenggara kemudahan infrastruktur sediada di TKPM dan ZPM sediada.
  2. Selain daripada itu, aktiviti bagi meningkatkan teknologi akan dilaksanakan dengan mempertingkatkan kemudahan asas sediada dan penyediaan bahan input atau peralatan-peralatan ladang yang diperlukan.

OUTPUT DAN FAEDAH DARIPADA PROJEK

  1. Melalui projek ini akan dapat memastikan infrastruktur dan kemudahan di projek-projek TKPM yang sediada  diselenggarakan dengan baik dan berjadual, serta dapat digunakan secara optimum oleh semua  peserta  projek yang terlibat.
  2. Sebanyak  tujuh (7) projek TKPM  dengan  keluasan 246 hektar yang ada di Negeri Johor dijangka akan dapat terus memberi sumbangan dengan mengeluarkan sebanyak 3,000 metrik tan buah-buahan (74 ha) dan  4,000 metrik tan sayur-sayuran (172 ha) setahun dengan nilai  RM 7.0  juta setahun.
  3. Dengan pendekatan yang lebih tersusun dan penggunaan   teknologi terkini seramai 35 peserta usahawantani TKPM ini  dijangka akan mendapat pendapatan melebihi RM 4,000.00 sebulan iaitu selaras dengan sasaran yang ditetapkan dalam  Model Baru Ekonomi ( MBE ).
  4. Projek TKPM yang dilaksanakan akan terus dapat dicontohi oleh usahawantani di negeri Johor dalam usaha-usaha menerapkan  pengamalan teknologi baru serta pengurusan ladang yang cekap  bagi meningkatkan pendapatan mereka.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

  1. Permohonan boleh dibuat melalui borang yang disediakan atau terus berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.
  2. Antara syarat-syarat untuk membuat permohonan:-
    1. Warga Negara Malaysia.
    2. Berpengalaman dalam mengusahakan tanaman.
    3. Mempunyai modal yang mencukupi serta tenaga kerja yang mencukupi untuk melaksanakan projek.
    4. Bersedia untuk mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan  dalam akujanji antara Kerajaan Negeri dengan pengusaha.
    5. Bagi Projek Tanaman Fertigasi ( berteknologi tinggi )peserta adalah terdiri dari peserta inkubator tanaman yang telah mengadiri kursus tersebut atau lain-lain peserta yang berpengalaman mengusahakan tanaman ini.
  3. Satu temuduga akan diadakan bagi memilih peserta yang benar-benar layak untuk menyertai projek ini dan ianya bergantung kepada kekosongan kawasan yang sedia ada.
Kali terakhir dikemaskini Isnin, 31 Oktober 2011 00:05