Jumaat, 25 Julai 2014 | |      Facebook |      Twitter |      YouTube
Laman Utama | Peta Laman | FAQ | Hubungi Kami |      Langgan RSS

E-mel Cetak PDF

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA BERASASKAN PERTANIAN DI NEGERI JOHOR.

  1. Industri Kecil dan Sederhana yang berasaskan pertanian boleh membantu petani dan pengusaha meningkatkan pendapatan. Walau bagaimanapun kebanyakan pengusaha perlu diberi bimbingan dan bantuan dari segi peralatan , pembungkusan dan pemasaran.
  2. Kerajaan Negeri Johor melalui Pejabat Menteri Besar Johor memperuntukan sejumlah RM 2 juta setiap tahun kepada Urusetia Program Galakan Usahawan iaitu Jabatan Pertanian Negeri Johor untuk membantu membangunkan Projek Usahawan dan Industri Kecil Pertanian di dalam Negeri Johor. Akan tetapi Garis Panduan Pelaksanaan Program Galakan Usahawan (PGU) ini adalah untuk diguna pakai di Negeri Johor sahaja.
  3. Di bawah Program Galakan Usahawan terdapat 2 pecahan :
    1. Projek Industri Kecil
    2. Skim Pinjaman Satu Mukim Satu Industri

PROJEK INDUSTRI KECIL

  1. Bantuan PIK merupakan pemberian terus (Grant) dalam bentuk bantuan mesin, peralatan, bengkel dan kelengkapan lain bagi pemohon yang menjalankan projek industri kecil dan menepati syarat garis panduan yang telah ditetapkan sekaligus dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Johor.
  2. Industri Kecil – yang ditawarkan kepada pengusaha yang mempunyai nilai pengeluaran sekurang-kurangnya RM 20,000- RM100,000 setahun.Had maksima bantuan diberikan kepada pemohon individu yang berjaya ialah sebanyak RM8,000 dan permohonan berkumpulan RM 15,000.

SKIM PINJAMAN SATU MUKIM SATU INDUSTRI (SMSI)

  1. Pinjaman SMSI dalam bentuk mudah tanpa cagaran(kecuali yang melebihi RM 50,000) atau penjamin dan tidak dikenakan faedah sebaliknya dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 3% oleh Agro Bank Malaysia setahun dikira berasaskan baki tahunan.
  2. Jumlah pengusaha yang terlibat secara lansung dengan program ini adalah seperti di lampiran I, II dan III. Berdasarkan pemantauan berkala yang di lakukan oleh urusetia PGU keatas pengusaha industri kecil dan sederhana ini, rata-rata nilai jualan bagi perniagaan mereka mencecah sehingga RM3,000.00 keatas sebulan. Nilai tersebut menepati objektif perlaksanaan Program Galakan Usahawan bagi membantu meningkatkan pendapatan kasar pendapatan pengusaha.
  3. Setelah menerima bantuan daripada program ini, tindakan susulan ialah memberi bimbingan dan dorongan dengan mengadakan kursus pembangunan usahawan dimana urusetia menyelitkan slot pengurusan produk, masa dan kewangan. Selain itu, penekanan dalam aspek Amalan Pengilangan Baik (GMP), Persijilan Halal dan “bar coding” amat dititik beratkan. Hasilnya, setelah pemantauan demi pemantauan dilakukan oleh urusetia, terdapat peningkatan yang positif daripada pengusaha Industri kecil dan Sederhana Program Galakan Usahawan Negeri Johor.

PROGRAM PEMBANGUNAN TANAH TERBIAR (PPTT)

  1. Definisi tanah terbiar ialah tanah yang tidak pernah diusahakan melebihi 3 tahun sejak dikurniakan oleh kerajaan.Tanah yang pernah diusahakan tetapi kemudian ditinggalkan terbiar selama lebih 3 tahun berturut-turut.Kawasan tanah terbiar yang dimajukan akan ditanam dengan tanaman makanan samada tanaman kekal atau tanaman singkat masa.Tanaman yang telah dimajukan tidak boleh diubah kepada tanaman lain kecuali dengan kebenaran J/K Peringkat Pengurusan.
  2. Kriteria pemilihan peserta:
    1. Warganegara Malaysia dan rakyat negeri Johor. Keutamaan-bumiputera.
    2. Tanah bermilik/mendapat kebenaran melalui perjanjian tuan tanah.
    3. Belum pernah mendapat bantuan PPTT
    4. Berumur 18 tahun keatas.
    5. Status tanah mesti dibuktikan dengan dokumen yang jelas.
    6. Permohonan terbuka untuk kelompok sahaja dan tiada keluasan minimum ditetapkan.
    7. Tanah bermilik, spt: tanah bergeran kekal atau Q.T layak memohon.
    8. Telah menerima hak milik atau Q.T melebihi 3 tahun.
    9. Lain-lain jenis tanah yang bukan milik, perlu berdasarkan pertimbangan J/K Pengurusan PPTT.
    10. Bantuan 2 ha per pemilik
    11. Kadar bantuan bagi semua kos RM5,000/ha
    12. Skop bantuan ialah pembiayaan kerja pembersihan kebun, penyediaan tanah, pembinaan parit utama, parit ladang, pembinaan jalan ladang, pembelian baja
    13. dan input serta peralatan kejenteraan pertanian seperti traktor dan sistem pengairan.
Kali terakhir dikemaskini Isnin, 31 Oktober 2011 00:39