Rabu, 23 April 2014 | |      Facebook |      Twitter |      YouTube
Laman Utama | Peta Laman | FAQ | Hubungi Kami |      Langgan RSS

Home Perkhidmatan Insentif dan Bantuan Pertanian (Buah-buahan, Sayur-sayuran, Tanaman Ladang)
E-mel Cetak PDF

PERTANIAN (BUAH-BUAHAN, SAYUR-SAYURAN, TANAMAN LADANG)

PEMBANGUNAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN

Objektif Projek

Objektif pembangunan industri buah-buahan ialah untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan yang berkualiti dan berterusan dalam negara bagi memenuhi permintaan tempatan dan eksport serta memenuhi keperluan industri pemprosesan.

Memulihkan semula dusun-dusun tradisional agar lebih produktif dengan menggantikan tanaman bermusim kepada buah-buahan tidak bermusim supaya dapat meningkatkan produktiviti dan menambah pendapatan usahawantani.

Dengan perlaksanaan program ini dijangka ia akan dapat meningkatkan pendapatan tambahan kepada usahawantani.

Bentuk Bantuan

Butiran bantuan yang dicadangkan bagi projek pembangunan kawasan baru tanaman buah-buahan ialah meliputi kos pembersihan kawasan, naiktaraf infrastruktur ladang seperti jalan ladang, sistem pengairan dan saliran, kemudahan elektrik, pagar, input pertanian (benih, baja, racun perosak dan lain-lain) serta papan tanda dan peralatan pertanian yang berkaitan.

Bagi projek pembangunan dusun sediada dan projek pemulihan dusun, bantuan meliputi kos penebangan pokok yang tua atau tidak produktif, kos penyediaan kawasan, cantuman dewasa, menaiktaraf infrastruktur ladang, sistem pengairan dan saliran, jalan ladang, input pertanian (benih, baja, racun perosak dan lain-lain) serta papan tanda dan peralatan pertanian yang berkaitan.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pejabat Pertanian berdekatan

PEMBANGUNAN INDUSTRI SAYUR-SAYURAN DAN TANAMAN LADANG

Objektif Projek

Memastikan bekalan sayur-sayuran dan tanaman kontan yang mencukupi, berterusan, bermutu tinggi dan selamat dimakan untuk permintaan segar dalam negeri dan industri pemprosesan.

Meningkatkan eksport dan meninggikan pendapatan usahawantani tanaman sayur-sayuran dan tanaman ladang.

Bentuk Bantuan

Bagi projek sayur-sayuran komersial bantuan meliputi kos pembersihan kawasan, pembinaan / menaiktaraf infrastruktur ladang seperti sistem pengairan dan saliran, perparitan, jalan ladang, kemudahan air , kemudahan elektrik, pagar kawat berduri, input pertanian (benih, baja, racun perosak, mikrob berfaedah dan lain-lain) serta kemudahan kejenteraan.

Bagi projek tanaman ladang komersial (jagung manis, keledek, ubikayu dll.) bantuan meliputi kos pembersihan kawasan, pembinaan / menaiktaraf infrastruktur ladang seperti sistem pengairan dan saliran, perparitan, jalan ladang, pagar, input pertanian (benih, baja, racun perosak, mikrob berfaedah dan lain-lain termasuk mesin-mesin kecil) serta kemudahan kejenteraan. Memandangkan industri hiliran serta industri pemprosesan semakin berkembang dan bahan mentah semakin berkurangan, adalah digalakkan luas minimum 2 hektar bagi projek ini.

Bagi tanaman cendawan, bantuan meliputi keperluan pengeluaran seperti pembinaan rumah cendawan berukuran (20’ X 40’) atau keperluan bahan input seperti benih, habuk kayu getah, plastik dan mesin-mesin kecil.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pejabat Pertanian berdekatan

Kali terakhir dikemaskini Isnin, 31 Oktober 2011 00:23